Pemimpin Pas pertahan diri miliki beg tangan mewah

Pemimpin Pas pertahan diri miliki beg tangan mewah

Hawa Yaakub yang menjinjing beg tangan jenama LV. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pas mempertahankan dirinya yang memiliki beg tangan mewah berjenama Louis Vuitton (LV).

Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Melaka, Hawa Yaakub berkata, penyokong kerajaan hanya tahu ‘menjawab’ kritikan menggunakan isu sama yang sudah pun dibangkitkan iaitu mengenai beg tangannya.

“Sampai berapa tahun lagi anda nak jawab semua isu dengan LV? Kenaikan harga diesel – LV, rakyat mati kelaparan – LV, kekurangan beras tempatan – LV, Blackrock – LV, afterparty – LV, bir Tiger – LV.

“Tolong cari idea lain. Sekurang-kurangnya biarlah elaun anda berbaloi,” ciapnya.

Terdahulu, Hawa mendakwa ada rakyat Malaysia mati kelaparan ekoran kurangnya bekalan beras tempatan di bawah kerajaan Madani.

Sehubungan itu, laman parodi, Harakatdaily memuat naik gambar Hawa yang membawa beg tangan LV dan berkata, dia sanggup menjualnya demi membantu rakyat yang kesusahan.

Hawa berkata, beg tangannya itu juga lebih murah berbanding kenderaan yang dinaiki oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Hawa merujuk kepada tindakan pemimpin BN yang menaiki helikopter ke Nenggiri semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menaiki kereta berjenama mewah, Bentley yang disediakan kerajaan Sarawak ketika berkunjung ke sana.

“Baru sekarang saya tahu bahawa LV lebih mahal berbanding helikopter dan Bentley,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyangkal dakwaan Hawa tersebut dan menyifatkan tindakan pemimpin Pas itu sebagai melampau dan kurang cerdik.

Beliau turut menggesa Hawa agar menghantar senarai rakyat yang memerlukan bantuan kepadanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×