Industri filem Mollywood dicemari dakwaan serangan seksual

Industri filem Mollywood dicemari skandal seksual

Dunia perfileman Mollywood dicemari kontroversi selepas satu laporan mendedahkan golongan wanita termasuk aktres berdepan gangguan seksual daripada tokoh-tokoh terkenal industri.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERALA: Dunia perfileman Malayalam atau Mollywood di Selatan India dicemari kontroversi selepas satu laporan mendedahkan golongan wanita termasuk aktres berdepan gangguan seksual daripada tokoh-tokoh terkenal industri.

Laporan Hema yang didedahkan minggu lalu membongkar tentang aktres dan pekerja belakang tabir wanita yang mengalami gangguan seksual, diskriminasi jantina, kurang keselamatan di tempat kerja, kemudahan asas yang tidak mencukupi dan perbezaan gaji.

Portal berita DW melaporkan, ia sekali gus memperlihatkan sisi hitam industri perfileman itu sejak sekian lama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejurus laporan tersebut didedahkan, Persatuan Pelakon Filem Malayalam (AMMA) dibubarkan selepas seluruh jawatankuasa eksekutifnya meletak jawatan dan badan pentadbir baharu dijangka dipilih dalam tempoh dua bulan.

Sejak laporan diumumkan, sebanyak 17 kes melibatkan tokoh-tokoh terkenal dilaporkan setakat ini kepada polis Kerala.

Seorang pegawai kanan polis yang enggan dinamakan berkata, mangsa bukan sahaja tampil mendedahkan serangan yang dialami mereka, malah turut menamakan individu terlibat.

Media tempatan melaporkan, pengarah terkenal Mollywood, Ranjith terpaksa meletak jawatan sebagai pengerusi Akademi Chalachitra Kerala, berikutan tuduhan tingkah laku tidak wajar oleh pelakon Bengali, Sreelekha Mitra.

Ranjith berkata beliau akan mencabar tuduhan terhadapnya.

Laporan Hema, yang diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Tinggi Kerala, K Hema, ditubuhkan pada tahun 2017 selepas seorang pelakon dirogol dalam kereta yang bergerak ketika pulang dari kerja, kejadian yang mencetuskan kemarahan dalam komuniti filem.

Walaupun penemuan laporan itu dikeluarkan pada tahun 2019, pelbagai cabaran undang-undang menghalang ia daripada didedahkan kepada umum sehingga kini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini