PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup rendah dan kembali ke paras 1,650 kepada 1,653.55 turun 21.69 mata pada jam 5 petang, berbanding 1,681.37 pada penutup semalam.
Indeks dibuka 2.29 mata lebih rendah pada 1,672.95
Pasaran meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 851 berbanding 316 manakala 458 kaunter tidak berubah, sebanyak 893 tidak diniagakan dan 108 lain digantung dagangannya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.67 bilion unit bernilai RM3.96 bilion daripada 3.96 bilion bernilai RM4.65 bilion pada Rabu.
Kelmarin, Indeks kemudian ditutup tinggi pada 1,675.24, naik 22.95 mata.
FBM KLCI melepasi paras tertinggi dalam tempoh 44 bulan sebelum ini iaitu 1,674.35 yang direkodkan pada 17 Disember 2020. – UTUSAN











