‘Politik masa kini diikat dengan politik wang’

‘Politik masa kini diikat dengan politik wang’

PESERTA konvoi motosikal bergambar selepas singgah menjamu selera di Arau Kopi semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Perikatan Nasional (PN) belum menentukan calon yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ketua Pemuda Perikatan (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, perkara tersebut akan diputuskan menerusi mesyuarat dalam masa terdekat.

“Kita belum tentukan calon namun peluang (untuk menang) itu sentiasa ada pada mana-mana parti politik, kalau rakyat terima, rakyat pilih, dapatlah,” katanya ketika ditemui sewaktu singgah bersama konvoi motosikal di Arau Kopi, di sini semalam.

Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya, Syarifah Azizah Syed Zain, 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac 2022, Sharifah menang di kerusi itu mewakili Barisan Nasional (BN) selepas mendapat 16,611 undi dengan majoriti 5,166.

Sementara itu, Afnan Hamimi berkata, pengundi seharusnya dibiarkan memilih wakil rakyat mereka berdasarkan kepada merit dan prestasi dengan tidak dicampuri unsur-unsur lain menjelang PRK DUN Mahkota.

Namun, dakwanya, arena politik masa kini telah diikat dengan politik wang sehingga menyebabkan rakyat tidak bebas untuk memilih mengikut kriteria berkenaan.

“Sekarang rakyat diikat dengan duit, sepatutnya rakyat dibiar bebas memilih mengikut merit dan prestasi. Politik wang sepatutnya ditinggalkan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×