Warga emas rugi RM170,000, terpedaya 'scam' panggilan telefon - Utusan Malaysia

Warga emas rugi RM170,000, terpedaya ‘scam’ panggilan telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM178,700 selepas terpedaya dengan penipuan menerusi panggilan telefon pada 25 Julai lalu. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, semalam kaunter aduan Balai Polis Nilai menerima aduan dari seorang wanita berusia 60-an yang menyatakan telah dihubungi suspek yang mengaku dari pihak Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru.

Kata beliau, suspek memaklumkan kononnya akaun bank pengadu telah terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.

“Mangsa kemudiannya telah diarahkan untuk membuat pindahan ke dalam lima akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM178,700. Mangsa disedari ditipu selepas memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya,” katanya ketika dihubungi. 

Berikutan itu, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×