Wanita larikan gelang emas dipercayai suspek sama kes di

Wanita larikan gelang emas dipercayai suspek sama kes di Pulau Sebang

SUSPEK wanita yang dipercayai terlibat melarikan gelang emas dari kedai emas di Arked Mara Alor Gajah dan Pulau Sebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Polis percaya bahawa dua suspek termasuk seorang wanita yang sedang diburu selepas disyaki melarikan dua utas gelang emas dari sebuah kedai emas di Arked Mara Alor Gajah di sini, semalam turut terlibat dengan kejadian sama di Pulau Sebang, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, hasil semakan, kejadian di sebuah lagi kedai emas di Pulau Sebang turut mengguna pakai modus operandi sama membabitkan kerugian kira-kira RM15,000.

Ujarnya, dianggarkan suspek wanita itu berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Modus operandi digunakan adalah sama iaitu suspek wanita berpura-pura menjadi pelanggan dan ingin melihat barang kemas sebelum bertindak melarikan barangan berharga itu.

“Kita percaya pasangan itu merupakan suspek sama yang melarikan dua utas gelang emas bernilai kira-kira RM10,000 dari sebuah kedai emas di Arked Mara Alor Gajah semalam,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, dua suspek termasuk seorang wanita sedang diburu polis selepas disyaki melarikan dua utas gelang emas bernilai kira-kira RM10,000 dari sebuah kedai emas di Arked Mara Alor Gajah.

Suspek wanita dikatakan masuk ke dalam kedai dan berpura-pura ingin melihat gelang berkenaan sebelum bangun dari kerusi dan berlari masuk ke dalam sebuah kereta Toyota Yaris di hadapan kedai.

Selepas itu, seorang lagi suspek lelaki yang menunggu dalam kereta akan segera beredar meninggalkan premis.

Pengadu turut mendakwa terlihat sepucuk pistol disyaki pistol mainan dalam beg tangan dibawa wanita berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN