Lelaki cedera dipukul rakan selepas pergaduhan mulut - Utusan Malaysia

Lelaki cedera dipukul rakan selepas pergaduhan mulut

TANGKAP layar video tular memaparkan pergaduhan di sebuah restoran di Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pergaduhan mulut berkaitan isu peribadi mengakibatkan seorang remaja lelaki cedera dipukul rakannya dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku di sini seperti yang tular dalam media social.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihak polis telah menerima aduan daripada mangsa lelaki berusia 17 tahun pada pukul 4.25 petang, Isnin lalu menyatakan dia dipukul dua lelaki dikenali.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku lebih kurang pukul 11 malam, Ahad lalu semasa mangsa berada di sebuah restoran Jalan Tok Ungku telah dipukul oleh dua rakan mangsa menggunakan tangan dan kerusi di bahagian badan dan kepala. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Punca pergaduhan dipercayai bermula dengan pergaduhan mulut berkaitan isu peribadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian tubuh badan dan telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Terdahulu video pergaduhan  membabitkan mangsa dan suspek tular di media sosial dengan video berdurasi 41 saat itu memaparkan dua lelaki bergaduh dengan salah seorang dipukul menggunakan kerusi sehingga terbaring di atas jalan.

Mohamad Hatta sementara itu memberitahu, setakat ini dua suspek masing-masing berusia 16 dan 18 tahun telah dikenalpasti dan usaha mengesan serta tangkapan sedang giat dijalankan. 

“Kes diklasifikasikan sebagai kes mendatangkan kecederaan dan disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN