MCBA ambil alih lima pintu masuk negara

MCBA ambil alih lima pintu masuk negara

Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor adalah antara lima pintu masuk ke negara ini yang diletakkan di bawah operasi MCBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) kini merupakan agensi tunggal yang bertanggungjawab ke atas kawalan keselamatan, penguatkuasaan dan pemeriksaan di semua laluan masuk ke negara yang diwartakan.

Ketua Pengarah MCBA, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pihaknya akan melaksanakan pengoperasian secara berpering­kat di lima pintu masuk negara setelah rang undang-undang (RUU) berkaitan penubuhan agensi itu diluluskan pada 1 Ogos lalu.

Lima pintu masuk itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk Kompleks Kargo KLIA, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang Kelantan dan ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fungsi-fungsi ini akan diambil alih secara berperingkat bagi memastikan pengoperasian ha­rian di pintu-pintu masuk tersebut berjalan dengan lancar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Hazani berkata, MCBA akan mengambil alih fungsi-fungsi agensi seperti Ja­batan Imigresen Malaysia (JIM); Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM); Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS).

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (Kesihatan Awam, Farmasi dan Kawalan Kualiti Makanan); Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pelaksanaan fungsi ini di­per­­kukuh dengan tanggungjawab melakukan penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan selain dilengkapkan dengan fungsi pengurusan dan pentadbiran kompleks pintu masuk,” jelasnya.

Beliau menambah, 36 akta lain akan turut diguna pakai dalam operasi MCBA.

Kata Hazani, antara fokus agensi itu ialah menyelaras dan mempermudahkan pergerakan pengembara, barangan dan kenderaan yang keluar dan masuk ke Malaysia dengan prosedur operasi standard (SOP) yang bersepadu serta berintegriti dengan penggunaan peralatan kawalan, pemeriksaan bertek­nologi tinggi.

Katanya, beberapa operasi secara 3C (Coordinate, Command & Control) telah dan sedang dilaksanakan MCBA bersama-sama dengan agensi penguat kuasa yang lain sehingga Jun lalu dengan rampasan bernilai RM49.59 juta.

Pada 2 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan MCBA melaksanakan tugasan berkuat kuasa serta-merta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini