LONDON: Sebarang ideologi yang melampau termasuk misogini atau benci kepada wanita kini dianggap sebagai satu bentuk ekstremisme baharu di United Kingdom (UK).
Setiausaha Dalam Negeri, Yvette Cooper telah mengarahkan kajian semula untuk menentukan cara terbaik untuk menangani ancaman yang ditimbulkan oleh ideologi berbahaya ekoran kebencian terhadap wanita sebagai salah satu aliran ideologi yang dikatakan oleh kerajaan Parti Buruh semakin mendapat perhatian.
“Terdapat peningkatan fahaman ekstremisme di dalam talian dan atas jalan kita yang mencemari struktur masyarakat kita dan demokrasi kita,” katanya seperti laporan BBC.
Langkah itu merupakan salah satu daripada beberapa semakan dasar yang diumumkan oleh Kerajaan Buruh sejak berkuasa pada Julai lalu, termasuk Kajian Pertahanan Strategik, semakan perbelanjaan dan semakan Kurikulum Kebangsaan.
Pengkritik melihat kajian tersebut hanya merupakan proksi kepada tindakan sebenar semata-mata, tetapi kerajaan menegaskan bahawa tiada strategi bagi mengekang keganasan yang baru sejak 2015 dan bahawa penilaian terhadap ancaman baharu.
Kajian semula itu juga akan melihat kebangkitan ekstrimis sayap kanan di Britain dan aliran ideologi yang lebih luas termasuk misoginis atau kepercayaan melampau yang sesuai dengan kategori yang lebih meluas seperti unsur keganasan kerana ianya merupakan punca dan perlakuan radikalisasi golongan muda.
Tambah beliau, strategi itu akan memantau trend pelampau mengenai cara mereka bertindak dan terpedaya dengan dakyah ideologi.
Katanya lagi, strategi tersebut bakal mengenal pasti sebarang jualan dalam dasar sedia ada yang perlu ditangani untuk membanteras mereka yang menolak kepercayaan dan keganasan yang berbahaya serta penuh dengan kebencian.-AGENSI










