Benjamin Netanyahu penghalang gencatan senjata api

Benjamin Netanyahu penghalang gencatan senjata api

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu didakwa menjadi penghalang usaha gencatan senjata antara negara itu dengan Hamas meskipun pelbagai pihak yakin rundingan akan berjaya.

Jurucakap Hamas, Osman Hamas berkata, sebenarnya semua pihak sejak awal lagi sudah menyedari bahawa Netanyahu dan Israel dilihat tidak bersetuju terhadap usaha rundingan gencatan senjata api yang dijalankan selama ini.

Katanya, wakil Israel hanya menyatakan separuh keyakinan yang berhati-hati terhadap usaha ke arah perjanjian mengenai gencatan senjata Gaza ketika rundingan diadakan di Doha baru-baru ini, menurut laporan Al-Jazeera semalam.

Dalam pada itu, seorang pegawai kanan Hamas memberitahu BBC, perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas kini dianggap sebagai ilusi semata-mata selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berasa optimis mengenai kemajuan perjanjian damai tersebut.

Menurutnya, tiada kemajuan yang dicatatkan dalam rundingan yang disokong oleh AS di Qatar dan menyifatkannya sebagai ilusi sahaja.

Hamas menganggap sebarang perjanjian ditaja AS hanya membuang masa sahaja berikutan konflik serantau dilihat semakin meningkat di rantau Asia Barat susulan pembunuhan dua tokoh berprofil tinggi iaitu Komander Kanan Pasukan Hezbollah, Fuad Shukr di Beirut dan bekas Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran.

Kedua-dua pembunuhan tersebut dilakukan oleh Israel meskipun tiada sebarang kenya­taan yang dikeluarkan oleh negara tersebut mengenai isu itu.

Dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini, AS, Qatar dan Mesir menyatakan bahawa mereka telah membentangkan kertas cadangan untuk gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan yang dapat mengurangkan jurang antara Israel dan juga Hamas.

Hamas difahamkan telah melepaskan tuntutannya untuk gencatan senjata yang ditaja oleh AS di mana terma perjanjian tersebut diantaranya ialah menghentikan serangan selama enam hari yang boleh membawa kepada peng­akhiran perang boleh disabotaj.

Cadangan perjanjian tersebut termasuk pengunduran kesemua tentera rejim Zionis dari Gaza, pertukaran tebusan antara tebusan Palestin dan Israel serta pengembalian mayat tebusan yang sudah meninggal dunia.

Pihak pengantara berkata bahawa perbincangan gencatan senjata selama dua hari lalu adalah sesuatu yang serius, membina dan dijalankan dalam suasana yang positif. 

Tentera Israel telah melancarkan kempen di Gaza bagi memusnahkan Hamas sebagai tindak balas atas serangan yang dilancarkan oleh kumpulan itu di selatan Israel pada 7 Oktober lalu, di mana sebanyak 1,200 orang terbunuh dan 251 dijadikan tebusan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×