Alam flora edar 100 unit tong MGB Alam flora edar 100 unit tong MGB 

Alam flora edar 100 unit tong MGB 

NIK Nazmi Nik Ahmad (tengah) ketika menyampaikan tong sisa mudah alih (MGB) bersaiz 120 liter kepada penduduk di Taman Sri Rampai, di sini hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengedarkan 100 unit tong sisa mudah alih (MGB) bersaiz 120 liter kepada penduduk Taman Sri Rampai, hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, program itu melibatkan 69 jalan merangkumi 1,785 unit rumah bertanah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, ia merupakan antara komitmen kerajaan dalam usaha meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup komuniti kawasan perumahan. 

“Tempoh pengedaran di Taman Sri Rampai akan mengambil masa enam minggu dan bagi keseluruhan Parlimen Setiawangsa dijangkan selesai pada 2025.

“Kita berharap keadaan kebersihan juga dapat bertambah baik dengan kerjasama semua pihak. Jika semua beri kerjasama, insyaAllah dapat jadi lebih bersih,” katanya semasa Program Pengedaran Tong MGB 120 liter Parlimen Setiawangsa, di sini hari ini.

Program edaran bermula sejak April lalu meliputi kawasan-kawasan perkhidmatan Alam Flora di Kuala Lumpur, Pahang dan Putrajaya.

Ia menyasarkan keseluruhan sebanyak 274,000 unit tong bersaiz 120 liter untuk kawasan perumahan selain 21,464 unit bersaiz 660 liter dan 19,760 unit bersaiz 240 liter bagi kawasan komersial dan rumah sampah.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Badrulhisyam Fauzi berkata, pengedaran tersebut bagi menggantikan tong-tong lama yang telah digunakan lebih daripada 10 tahun.

Katanya, penukaran itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Alam Flora dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sisa yang berkesan.

“Tong-tong ini direka khas untuk memperbaiki pengurusan sisa di taman-taman perumahan, dengan tujuan menjadikan kawasan setempat lebih bersih dan selesa untuk didiami.

“Ia selari dengan visi kerajaan untuk memperbaiki pengurusan sisa pepejal di samping turut menggesa penduduk setempat untuk terlibat secara aktif dalam menjaga kebersihan persekitaran,” katanya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×