Ahmad Zahid akui masih gagal tarik sokongan orang Melayu

Ahmad Zahid akui masih gagal tarik sokongan orang Melayu

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui masih gagal dalam meraih sokongan orang Melayu terutama dalam memberi penjelasan tentang kerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, meskipun pentadbiran Kerajaan Perpaduan sudah menghampiri dua tahun memerintah, namun dalam hal ini, UMNO perlu bijak dalam menangani sentimen yang dibangkitkan agar dapat meraih kembali kepercayaan akar umbi dan orang Melayu khususnya.

“Tentang sokongan orang Melayu, saya akui ia masih berada di tahap rendah. Itu sebabnya saya merujuk kepada soal isu dan sentimen. Pada hemat saya, ia belum ditangani dengan baik oleh bukan hanya kepimpinan UMNO tetapi juga kepimpinan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Dulu tokoh yang memainkan peranan menghasut pun.. bila ada dalam kerajaan, hasutan itu tidak menggigit. Sekarang, sudah sampai masa untuk menggunakan pendekatan baharu melalui komunikasi tanpa lisan seperti medium dalam talian,” katanya ketika wawancara khas sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid turut mengakui Kerajaan Perpaduan bersifat terbuka dalam menerima pandangan selain tidak menganggap DAP sebagai liabiliti.

“Perbezaan pendapat itu memang kita raikan. Semua parti politik meraikan perbezaan politik dalaman dan jika sesebuah parti didapati memberikan pandangan agak berbeza dan itu pandangan yang dikeluarkan di peringkat pertengahan dan bawahan.

“Namun dalam keadaan begitu, apabila sesuatu keputusan dibuat di peringkat sekretariat Kerajaan Perpaduan, perkara ini (perbezaan pendapat) tidak timbul lagi,” ujarnya.

Ekoran itu, Ahmad Zahid mengambil langkah positif untuk tidak membiarkan interpretasi berbeza ini menenggelami isu utama yang menjadi tonggak kerajaan.

Jelasnya, ia boleh dibuktikan apabila tiada satu pun daripada 21,000 cawangan UMNO dibubarkan.

“Saya inginkan jelaskan pendirian kepimpinan parti di peringkat sekretariat, kami tidak pernah pun berbeza pendapat dalam sesuatu isu, tetapi dalam pembendungan usaha mesti dilakukan. Jika timbul perbezaan pendirian dan pendapat, ia mesti bukan dari parti dan ini harus dibezakan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×