Trump ancam usir penyokong Palestin jika jadi Presiden

Trump ancam usir penyokong Palestin jika jadi Presiden

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Donald Trump pernah mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu agar segera menamatkan pencerobohan di Gaza, namun secara terang-terangan turut mahukan Israel menang dalam konflik berkenaan.

Reuters melaporkan, perkara itu disuarakan Trump semasa pertemuan terakhir mereka pada bulan lalu.

“Saya memang menggalakkan Netanyahu mengakhiri konflik di Gaza. Ia perlu dihentikan dengan cepat. Dapatkan kemenangan dan selesaikan perkara ini. Pembunuhan perlu dihentikan,” kata bekas Presiden itu kepada wartawan pada satu sidang akhbar semalam.

Trump merujuk kepada pertemuannya dengan Netanyahu di kediaman beliau, Mar-a-Lago pada akhir bulan lalu semasa kunjungan pemimpin Israel itu ke AS.

Usahawan tersebut dalam pada itu turut mengkiritik pendekatan Presiden, Joe Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris yang sentiasa menuntut pelaksanaan gencatan senjata antara Israel dan Palestin.

“Dari awal, Harris cuba menyekat Israel. Tindakan itu hanya memberi Hamas masa mengumpul kekuatan untuk bertindak balas,” katanya.

Pada masa sama, Trump melabelkan penyokong Palestin yang menyeru AS berhenti menyokong Israel sebagai ‘penjenayah’ pro-Hamas.

Beliau turut mengancam untuk menangkap dan mengusir golongan itu dari AS jika beliau menjadi Presiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×