Nasib Srettha sebagai Perdana Menteri Thailand diketahui hari ini

Pecat atau kekal: Kedudukan Srettha sebagai Perdana Menteri Thailand diketahui hari ini

SRETTA Thavisin hadir dalam perlawanan boleh antara anggota kerajaan dan media di Bangkok, Thailand pada 20 Februari 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Thailand bakal berdepan krisis baharu politik dalam tempoh setahun sejak negara itu mengadakan pilihan raya umum pada Mei lalu sekiranya Srettha Thavisin dipecat sebagai Perdana Menteri.

Jika mahkamah memutuskan Srettha dipecat, Thailand bakal mendapat Perdana Menteri yang baharu dalam tempoh 18 bulan selepas pilihan raya umum yang berlangsung pada Mei 2023.

Ia susulan Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini akan memutuskan nasib Srettha sama ada dipecat atau sebaliknya kerana tindakan melantik seorang seorang menteri yang mempunyai sabitan jenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini susulan Srettha dituduh melanggar peraturan etika dengan melantik Pichit Chuenban, seorang peguam yang rapat dengan keluarga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra sebagai menteri yang pernah disabitkan dengan hukuman penjara selama enam bulan pada tahun 2008 kerana kesalahan berkaitan rasuah.

Namun Pichit meletak jawatan sebagai menteri dalam usaha untuk melindungi Srettha tetapi Mahkamah Perlembagaan tetap bersetuju untuk mendengar kes terbabit, yang dimulakan oleh aduan daripada senator yang dilantik oleh tentera.

Bagaimana kes itu terus berjalan dengan pasukan peguam Srettha mengemukakan hujah bahawa pemimpin Pheu Thai itu tidak bersalah.

Jika nasib gagal menyebelahi Srettha 

Jika Mahkamah Perlembagaan memutuskan Srettha bersalah dan dipecat, maka beliau tidak boleh mengetuai kerajaan sekali gus seorang Perdana Menteri baharu dalam kalangan ahli parlimen kerajaan perlu dilantik. 

Maka Pheu Thai selaku parti terbesar dalam blok kerajaan perlu melantik dalam kalangan ahli parlimennya untuk menjadi Perdana Menteri dan nama tunggal adalah Ketua Parti itu sendiri, Paetongtarn Shinawatra yang merupakan anak kepada Thaksin.

 

PAETONGTARN SHINAWATRA

Bagaimanapun Phue Thai dikatakan mempunyai Pelan B jika nasib tidak menyebelahi Srettha walaupun yakin mereka yakin mahkamah akan memutuskan beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

Memetik laporan Reuters, dua nama lain sesuai adalah Timbalan Perdana Menteri,   Anutin Charnvirakul yang merupakan Ketua Bhumjaithai Party selaku parti kedua terbesar dalam kerajaan.

Seorang lagi nama adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan dari Parti Palang Pracharath iaitu parti terbesar ketiga dalam blok kerajaan.

Namun Thai PBS melaporkan, satu nama dicalonkan bukan sahaja perlu mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen Kerajaan, malah 250 senator yang dilantik tentera seperti mana ditetapkan Perlembagaan Thailand.

Memandangkan blok kerajaan mempunyai 315, maka bakal Perdana Menteri perlu mempunyai sokongan seku­rang-kurangnya 375 ahli Parlimen untuk selamat. 

Jika tidak, calon itu bakal senasib bekas pemimpin Parti PaMove Forward, Pita Limjaroenrat yang gagal menjadi Perdana Menteri Thailand selepas tidak mendapat sokongan meyakinkan lebih separuh daripada 750 ahli Parlimen dwidewan walaupun partinya menang besar dalam pilihan raya.

Yakin kekal Perdana Menteri

Perdana Menteri Thailand itu mungkin terselamat daripada disabitkan bersalah dalam keputusan mahkamah minggu depan, kata ketua kakitangannya.

“Kami sangat yakin kerana sudah melakukan semua perkara mengikut prosedur undang-undang,” kata veteran parti pemerintah Pheu Thai, Prommin Lertsuridej kepada Reuters.

Malah berita tempatan Thai PBS pula memetik sumber dekat Srettha, bahawa beliau yakin berjaya dalam cabaran Mahkamah Perlembagaan tersebut apabila mempunyai jadual padat dalam minggu ini.

Antaranya beliau akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Ayutthaya dan berlepas ke Daerah Mae Sot di Wilayah Tak untuk mengadakan pertemuan pihak berkuasa tempatan bagi membincangkan isu keselamatan dan penyeludupan dadah.

Srettha, seorang pemaju hartanah yang memasuki bidang politik tahun lalu telah menghadapi tentangan yang ketara terhadap polisi-polisinya sejak beliau memegang jawatan, dengan tinjauan bulan Jun menunjukkan majoriti rakyat Thailand menolak agendanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini