Tiada lagi MUDA Semporna, kesemua ahli keluar parti

Tiada lagi MUDA Semporna, kesemua ahli keluar parti

YUSOF Pg. Abd. Kasim (tengah) bersama sebahagian besar ahli MUDA Parlimen Semporna keluar parti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia Muda (MU­DA) berterusan diduga me­nyaksikan keseluruhan ahli parti Parlimen Semporna, Sabah, ke­luar parti pimpinan bekas Pre­siden, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bekas Ketua Parlimen MUDA Semporna, Yusof Pg. Abd. Kasim berkata, lebih 400 ahli parti parlimen itu bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti di Sabah, malah parti itu tiada hala tuju jelas dalam arena politik negeri.

“Parti MUDA di Sabah sema­kin tidak relevan untuk orang muda kerana ahli yang lantang mengkritik dalaman parti digesa supaya meninggalkan parti.

“Kami melihat parti MUDA Sabah sudah semakin hilang hala tuju dan tiada demokrasi untuk bersuara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau yang sebelum ini Ja­watankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) MUDA Sabah berkata, proses pemutihan yang mahu dilaksana juga tidak berjalan dengan lancar, malah tidak prak­tikal.

Katanya, semua ahli digesa untuk mendaftar semula melalui sistem baharu, namun sehingga kini belum ada pengesahan status keahlian, malah JKEN diminta berhubung de­ngan Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abdul Hadi.

“Saya ketika itu juga mengkritik pelbagai isu dalaman me­libatkan pergerakan MUDA Sa­bah supaya terus fokus dan re­levan di negeri ini.

“Namun, JKEN seolah-olah tidak mendengar keluhan saya dan ahli lain, malah dimaklumkan semua Parlimen MUDA Sabah terbubar tanpa memberi kenyataan rasmi terlebih dahulu,” katanya.

Selepas Syed Saddiq disabitkan bersalah oleh mahkamah bagi empat pertuduhan pecah amanah, parti itu kini berdepan krisis menyaksikan seorang de­mi seorang pemimpinnya keluar parti.

Pada April lalu, Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya merangkap Biro Strategik MUDA, Warence Mudin bertindak keluar parti.

Pada Oktober 2023, Pengerusi MUDA Sabah, Amos Thien Tze Tin meletakkan jawatannya, namun kekal sebagai ahli Muda sebelum mengambil tempoh yang lama untuk menyertai DAP.

Pada 2 April lalu, MUDA memberitahu, keahlian Amos secara automatik gugur selepas beliau menyertai parti itu.

Jawatan Pengerusi Muda Sabah kini dipangku oleh Timbalan Pengerusi, Faezrah Rizalman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×