Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menang tangan merisik, menyiasat dan mendakwa pelaku dan pemberi rasuah.
Hari ke hari ada sahaja kes-kes mengejutkan didedahkan SPRM, polis, imigresen, kastam dan
lain-lain agensi.
Pendedahan demi pendedahan pada awalnya dirasakan seperti Malaysia sedang memasuki fasa putih lagi bersih. Namun apa yang dijangka tidak berlaku, kerana hari ke hari terus ada sahaja kes-kes tidak disangka membabitkan duit bukan lagi jutaan tetapi berbilion.
Sejak kebelakangan ini jenayah kaut berbilion jadi angka biasa. Jika setakat RM1 juta dikira sedikit.
Skandal 1Malaysia Development Sdn Bhd (IMDB) yang membawa kepada siasatan dan pendakwaan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor adalah jenayah paling bersejarah bukan hanya untuk Malaysia tetapi antarabangsa.
Disangkakan skandal 1MDB sudah cukup memberi iktibar kepada rakyat dan pemimpin untuk tidak membuat kekayaan dengan cara salah namun apa yang sedang berlaku, SPRM berterusan membongkarkan ‘kerja-kerja’ tidak betul tersebut.
Akhbar mahupun portal kini bagaikan jarang ada hari tanpa berita rasuah. Menyedihkan lagi apabila kes-kes tersebut pun tidak kurang dahsyat seperti 1MDB. Malah ada kes rasuah dan jenayah membabitkan tender kerajaan boleh berterusan hingga tujuh tahun. Hebat sangat dalam tempoh panjang itu, penjahat terus kaut duit diam-diam.
Begitu juga, isu imigresen yang ada klon jabatan tersebut. Tahap ketirisan terlalu gelojoh sehingga membiarkan warga asing tanpa kira latar belakang masuk ke Malaysia. Kesan jelmaan klon tersebut bukan sedikit tetapi berantaian membabitkan keselamatan, ekonomi dan juga sosial.
Kerja-kerja klon imigresen yang lebih berkuasa daripada penguat kuasa tulen, sudah tentu menimbulkan tanda tanya berapa ramai agaknya perisik pelbagai negara sedang berada di Malaysia?
Ketika kita hanya melihat kepada kelemahan kempen Program Rumah Keduaku (MM2H), rupanya kebolosan tersebut lebih mudah menerusi klon imigresen. Belum lagi menilai kesan ekonomi dan masalah sosial seperti ramai yang dilahirkan tanpa identiti mahupun tanpa kewarganegaraan.
Penyakit rasuah atau apa-apa sahaja jenayah lain sangat ‘bahaya’ buat semua negara. Kesan langsung, rakyat sendiri akan mencemuh kakitangan awam. Memang betul tidak semua terlibat tetapi adalah sukar menyekat pesepsi tersebut.
Dalam tekad SPRM dan penguat kuasa lain bongkar rasuah serta jenayah lain, ingatlah juga
kes-kes lama yang ‘terbengkalai’. – UTUSAN ONLINE
Buka kes baharu, jangan lupa kes `terbengkalai’

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved