Anak tikam ibu dipenjara dua bulan - Utusan Malaysia

Anak tikam ibu dipenjara dua bulan

SEORANG lelaki (tiga dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, Jempol hari ini bagi didakwa atas pertuduhan menikam ibunya sendiri dalam kejadian di Felda Raja Alias, Jempol Jun lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang pemuda dijatuhkan hukuman penjara selama dua bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini selepas dia mengaku bersalah menikam ibunya sendiri dalam kejadian di Felda Raja Alias, Jun lalu.

Tertuduh berusia 20 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Majistret pada 1 Julai lalu telahpun mengarahkan  lelaki tersebut untuk menjalani pemerhatian mental selama sebulan di Hospital Permai.

Difahamkan, lelaki tersebut disahkan mengidap kemurungan ringan (mild depression) bagaimanapun masih boleh membuat pengakuan.

Berdasarkan pertuduhan, remaja tersebut dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas ibunya berusia 48 tahun dengan menggunakan pisau.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 12.50 tengah hari di sebuah rumah di Felda Raja Alias pada 22 Jun lalu.

Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 kanun sama dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol telah menerima maklumat berlaku pertengkaran di lokasi tersebut dan siasatan awal mendapati seorang wanita telah ditikam di belakang badan.

Siasatan lanjut mendapati punca kejadian disebabkan tertuduh tidak dapat menerima keadaan ibunya yang mengalami kemurungan sehingga mengabaikan pendidikan adiknya.

Tertuduh juga dikatakan tidak mahu nasib yang menimpa dirinya diabai daripada segi emosi selepas penceraian ibu dan bapa turut dialami oleh adiknya itu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya menyatakan sangat menyesal dengan apa yang telah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri memohon satu hukuman yang setimpal dengan mengambil kira-kira faktor-faktor yang telah dinyatakan dalam fakta kes.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×