Muhammad Yunus seru semua rakyat Bangladesh berdamai - Utusan Malaysia

Muhammad Yunus seru semua rakyat Bangladesh berdamai

MUHAMMAD YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus menyeru golongan mahasiswa, parti politik dan rakyat supaya kekal bertenang bagi mengelak keganasan di negara ini. 

Beliau juga dilihat cuba mendapatkan sokongan kumpulan pelajar apabila memuji keberanian golongan itu yang disifatkan berjaya ‘mencapai kemenangan’  susulan protes terhadap sistem kuota pekerjaan penjawat awam. 

“Mari kita gunakan sebaik mungkin kemenangan baharu kita. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyeru orang ramai supaya bertenang. Jangan terlibat dengan sebarang keganasan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh kumpulan pemikirnya, Yunus Centre, semalam. 

Muhammad Yunus dalam gesaannya turut meminta semua pihak melindungi kepentingan negara untuk generasi akan datang.

“Golongan muda bersedia untuk memimpin negara. Jangan kita persiakan peluang ini dengan keganasan. 

“Jangan bermusuh, sebaiknya kita perlu kekal tenang dan sedia membangunkan negara,” ujarnya.

Muhammad Yunus dilantik oleh Presiden Mohammed Shahabuddin untuk menerajui kerajaan sementara negara ini. 

Beliau dan kerajaan sementara Bangladesh dijangka mengangkat sumpah lewat hari ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini