Pope Francis rayu elakkan konflik Asia Barat - Utusan Malaysia

Pope Francis rayu elakkan konflik Asia Barat

POPE Francis merayu supaya semua pihak dapat elakkan peningkatan konflik Asia Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VATICAN CITY:  Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis merayu supaya semua pihak dapat elakkan peningkatan konflik yang semakin meningkat di Timur Tengah, lapor Vatican News.

Beliau berharap konflik itu dihentikan segera dengan memadamkan segala persengketaan.

“Saya mengulangi rayuan saya kepada semua pihak yang terlibat untuk memastikan konflik ini tidak merebak dan segera menghentikan tembakan dengan segera, bermula dari Gaza di mana situasi kemanusiaan sangat serius dan tidak mampan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berdoa agar pencarian kedamaian yang ikhlas dapat memadamkan persengketaan, cinta akan mengatasi kebencian dan dendam dapat dihapuskan dengan memaafkan antara satu sama lain,” katanya ketika berucap di hadapan khalayak umum mingguan.

Israel telah membunuh hampir 40,000 rakyat Palestin di Gaza sejak pencerobohan Hamas pada 7 Oktober tahun lepas.

Rejim Zionis kemudian melancarkan kempen ketenteraannya di Gaza tanpa henti sehingga menyebabkan sebahagian wilayah tersebut menjadi hancur dan hampir kebanyakan orang kehilangan tempat tinggal dan kekurangan makanan.

Ketegangan telah meningkat susulan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di ibu negara Iran, Teheran pada 31 Julai lalu.

Iran dan Hamas menyalahkan Israel atas pembunuhan tersebut, di mana negara haram tersebut tidak mengesahkan atau menafikan bertanggungjawab.-AGENSI

 

Sementara itu, beliau juga meminta umat Kristian Katolik untuk menyertai doanya bagi rakyat yang dilanda perang iaitu Ukraine, Myanmar dan Sudan.-AGENSI

 

PIX- POPE Francis merayu supaya semua pihak dapat elakkan peningkatan konflik Asia Barat.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini