YANGON: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas pasukan keselamatan Myanmar melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan ketika melakukan protes.
Berdasarkan laporan media, kejadian itu berlaku ketika sebuah kilang pakaian terletak di hab komersial Myanmar terbakar.
Menurut seorang penduduk, pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan di barat laut bandar Kale setelah mendesak pengembalian semula demokrasi di negara ini.
Beberapa media tempatan melaporkan bahawa terdapat insiden kematian dan tembakan berulang kali.
Mizzima dan Irrawaddy melaporkan sebanyak lima orang terbunuh dan beberapa lagi mengalami kecederaan.
Agensi berita Myanmar Now pula melaporkan dua penunjuk perasaan terbunuh di pekan Bago berhampiran Yangon.
Menurut Jabatan Bomba, kilang pakaian JOC di Yangon terbakar namun tiada kematian dan maklumat kerosakan yang dilaporkan.
Selain itu, beberapa gambar disiarkan di Facebook menunjukkan para aktivis membakar bendera China di sebuah lagi kejiranan di Yangon. – REUTERS










