Siri jelajah terang piawaian antarabangsa

Siri jelajah terang piawaian antarabangsa

JOHARI Abdul Ghani ketika mempengerusikan Mesyuarat Bersama Exco-Exco Pertanian Negeri Putrajaya semalam. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perladangan dan Komoditi akan melakukan jelajah ke seluruh negara bagi memastikan setiap negeri mematuhi piawaian antarabangsa termasuk aspek Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pematuhan terhadap piawaian itu penting kerana sebarang ketidakpatuhan boleh menggugat kebolehpasaran produk agrikomoditi negara di pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, pihaknya me­ngakui setiap negeri mempunyai peraturan tanah yang berbeza-beza, justeru piawaian itu perlu dijelaskan dengan betul dan tepat.

“Soal (peraturan) tanah ini berbeza di setiap negeri dan mereka (kerajaan negeri) me­minta kementerian turun ke setiap negeri bagi menjelaskan perkara (piawaian) itu,” kata­nya selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Exco-Exco Pertanian Negeri di sini, semalam.

Pada masa sama, Johari berkata, pihaknya perlu memastikan hutan simpan di seluruh negara tidak lagi diteroka untuk sebarang bentuk tanaman dan perlada­ngan.

Menurutnya, ketika ini, rizab hutan simpan negara di seluruh negara berada pada tahap 54 peratus berbanding 50 peratus yang ditetapkan menerusi Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992.

“Setakat ini, negara ada rizab 10.4 juta hektar hutan simpan di seluruh negara dan ia mematuhi piawaian peratusan rizab yang ditetapkan piawaian antarabangsa.

“Jika ia (hutan simpan) terus diteroka, kita akan dianggap sebagai sebuah negara yang gagal dan seluruh pengeluaran komoditi berdepan masalah untuk dieksport,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga perlu memastikan setiap negeri mematuhi isu status tanah yang tidak padan dengan komoditi yang diusahakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×