LOS ANGELES: Pelakon, Nicola Peltz Beckham mengambil tindakan saman terhadap sebuah kedai haiwan ekoran kematian anjing peliharaannya, Nala.
Portal Entertainment Tonight, yang merujuk dokumen mahkamah melaporkan, saman itu difailkan ke atas HoundSpa, pemilik dan kakitangannya berikutan dakwaan sengaja melakukan penderaan terhadap anjing tersebut sehingga mengakibatkan kematian.
“Pengusaha maklum mengenai latar belakang kakitangan terlibat yang sebelum ini beberapa kali melakukan kekerasaan terhadap haiwan namun pelaku terus diambil bekerja di syarikat tersebut.
“Nicola mengalami tekanan yang teruk susulan penderitaan dan kematian anjingnya,” katanya.
Isteri kepada Brooklyn Beckham, anak kepada bintang bola sepak terkenal David Beckham yang juga aktivis haiwan itu mendakwa Nala mengalami paru-paru berair, masalah pernafasan dan lemah degupan jantung selepas dikembalikan daripada sesi dandanan yang dikendalikan syarikat berkenaan pada 15 Jun lepas.
Susulan itu, anjing malang itu dikejarkan ke hospital dan disahkan mati tidak lama kemudian.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati Nala mengalami paru-paru berair, dengan keadaan lidahnya bertukar biru selain kerosakan saraf.











