Kematian Baby Syifaa disebabkan tekanan pada leher

Kematian Baby Syifaa disebabkan tekanan pada leher

GAITHRI Thomas (dua dari kanan) bersama Anida Idrus (tiga dari kanan) dan Yuseri (kanan) ketika hadir di Mahkamah Koroner Seremban, Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selepas lebih dua tahun inkues berlangsung, Mahkamah Koroner Seremban semalam memutuskan punca kematian seorang bayi perem­puan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, adalah disebabkan tekanan pada leher.

Koroner, Datin Surita Budin dalam prosiding pendengaran keputusan inkues berkata, mahkamah membuat dapatan bahawa kematian bayi berusia 15 bulan pada Februari 2022 itu disebabkan tergantung di dalam buaian ditinggalkan pengasuh.

“Sebab kematian adalah tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian tepi sisi hujung kain buaian.

“Mahkamah memutuskan kematian si mati bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung di dalam buaian di­sebabkan tindakan pengasuh meninggalkannya di dalam buaian tanpa pengawasan yang sewajarnya dalam jangka masa munasabah,” katanya.

Jelas Surita, dapatan itu diperoleh selepas beliau ber­puas hati atas imbangan kebarangkalian berdasarkan keterangan daripada saksi-saksi dan rakaman simulasi apabila dilihat secara keseluruhan.

Surita berkata, keadaan itu berlaku selepas Baby Syifaa di­tinggalkan oleh saksi ke-19 yang juga pengasuh pusat jagaan, Khairulnisa Ahmad Damunhuri, 38, tanpa pengawasan sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah iaitu dua jam.

“Kegagalan membuat pe­ngawasan dan pemantauan rapi merupakan satu kecuaian yang menyebabkan kematian si mati. Pengasuh juga mengakui meletakkan dan tidurkan si mati dalam buaian sedangkan mengakui penggunaan buaian di taska adalah tidak selamat dan tidak dibenarkan,” katanya.

Pada prosing itu, ibu bapa Baby Syifaa iaitu Anida Idrus dan Yuseri Yusoff kelihatan hadir bersama penyokongnya memakai baju berwarna hitam.

Keluarga Baby Syifaa diwakili peguam, Gaithri Thomas manakala Pegawai Pengendali Inkues antaranya Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin, manakala peguam pemerhati pihak pe­ngasuh, S. Kavitha.

Seramai 28 saksi telah dipanggil memberi keterangan termasuk ibu dan bapa Baby Syifaa sepanjang prosiding inkues selama 12 hari bermula 22 September 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×