Lebih 1,000 koperasi kluster mikro tidak aktif  Lebih 1,000 koperasi kluster mikro tidak aktif 

Lebih 1,000 koperasi kluster mikro tidak aktif 

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,596 daripada 13,304 koperasi kluster mikro didapati tidak aktif.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) komited membantu meningkatkan keupayaan koperasi kluster mikro dengan mengadakan beberapa inisiatif dan program bagi meningkatkan keupayaan koperasi berkenaan.

Katanya, antara inisiatif itu memberi bimbingan dan khidmat nasihat pengurusan rekod khusus kepada koperasi mikro melalui Program Pemerkasaan Akaun Koperasi (PKASA) melibatkan 4,051 koperasi dengan peruntukan RM1.4 juta dari 2021 hingga kini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan juga melaksanakan Program Bantuan Perakaunan dan Pengauditan (PAKAR) merangkumi bantuan bagi penyediaan akaun dan pengauditan kepada koperasi mikro membabitkan 500 koperasi dengan peruntukan RM1.06 juta bermula pada 2020 hingga kini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini. 

Bagi pelaksanaan program pemulihan koperasi tidak aktif khususnya koperasi yang berpotensi dimajukan serta mempunyai aset, Ramanan berkata, kerajaan memperuntukkan RM3.551 juta melibatkan 65 koperasi di bawah Program Pengukuhan Koperasi (PPK) pada 2020 hingga 2022.

Jelasnya, perkara itu juga melibatkan padanan perniagaan dan jaringan kerjasama termasuk pengenalan produk dan perkhidmatan melalui kerjasama dengan koperasi atau syarikat lain. 

“KUSKOP turut menyediakan kemudahan pembiayaan seperti Pembiayaan Koperasi Mikro (MicCoopFi-1) dan Pembiayaan Permulaan (SuFi-1) yang menawarkan pembiayaan hingga RM100,000 dalam usaha meningkatkan potensi dan pertumbuhan perniagaan koperasi,” katanya.

–UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN