Polis siasat dakwaan ahli lembaga pengarah guna gelaran Datuk Seri palsu  Polis siasat dakwaan ahli lembaga pengarah guna gelaran Datuk Seri palsu

 Polis siasat dakwaan ahli lembaga pengarah guna gelaran Datuk Seri palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan gelaran Datuk Seri palsu kurniaan Istana Pahang yang dikaitkan dengan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, tindakan sedang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kontinjen Pahang.

“Saya sahkan ada terima laporan kes ini dan sedang merakam keterangan beberapa saksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4(1) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Difahamkan, satu laporan berhubung kes itu telah dibuat di Kuantan, Pahang pada 26 Julai lalu.

Semakan di laman rasmi syarikat telekomunikasi itu mendapati, individu itu dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sejak 1 September 2022.

Sebelum itu, satu portal berita mendedahkan laporan polis yang dibuat membabitkan kes itu.

Dakwa laporan itu, semakan awal dengan unit Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang mendapati, penama tersebut masih belum dikalungkan secara sah darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN