MTPN, CAN komited bantu usahawan tembusi peringkat global

MTPN, CAN komited bantu usahawan tembusi peringkat global

NICOLE OOI YUET LI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Lebih 130 usahawan tempatan meraih ilmu berguna mengenai pasaran ekonomi global menerusi penganjuran Seminar Wawasan Perdagangan Global: Menembusi Pasaran Antarabangsa anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

Program itu dikendalikan anak syarikat MPTN, Connect and Network (CAN) bersama NW Corporate Advisor Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pengerusi CAN, Nicole Ooi Yuet Li berkata, seminar yang berlangsung hari ini di Kuala Lumpur itu mendedahkan peserta kepada  analisis dan panduan praktikal untuk mencapai kejayaan di pasaran global.

Beliau berkata, program ini menampilkan beberapa penceramah terkemuka termasuk Penasihat Perdagangan Akademi Eksport Malaysia yang juga bekas Pesuruhjaya Perdagangan & Pengarah MATRADE), Noraslan Hadi Abdul Kadir.

“Penceramah lain termasuk Pengurus Kanan Bahagian Halal, Makanan & Minuman dan Agro MATRADE, Badrul Hisham Hilal dan Timbalan Pengarah Bahagian China dan Timur Laut Asia MATRADE, Nur Azni Aziz serta Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Pengurusan MATRADE, Remee Yaakub,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Unit Nasihat dam Latihan Pengeksport MATRADE, Noor Ezzwanee Ahmad berkata, MATRADE menyasarkan untuk meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan kompetitif di peringkat global.

Menurutnya, bagi mencapai matlamat ini, MATRADE membangunkan Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (PTPN 2021-2025 ) yang komprehensif bagi memperbaiki ekosistem dalam bidang perniagaan.

Katanya, pelaksanaan pelan tindakan ini merangkumi usaha mengukuhkan daya saing global perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat peringkat pertengahan melalui pendigitalan, kemampanan dan pembinaan jenama. 

“MATRADE akan  memberi tumpuan khusus kepada kumpulan tertentu seperti usahawan asli, wanita dan golongan muda bagi menyediakan bimbingan intensif yang diadakan selama tiga taun,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×