Jin Wei lepasi halangan awal

Jin Wei lepasi halangan awal

GOH Jin Wei sewaktu beraksi menentang Johanita Scholtz dalam perlawanan Kumpulan H pada Sukan Olimpik di Paris, Perancis, malam tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan wanita utama negara, Goh Jin Wei lepasi halangan awal selepas menewaskan wakil Afrika Selatan, Johanita Scholtz dalam aksi pertama Kumpulan H pada Sukan Olimpik di Paris, Perancis, malam tadi.

Jin Wei yang menghuni ranking No. 32 dunia melakar kemenangan straight set ke atas Scholtz yang berada di tangga ke-103 dunia 23-21, 21-11 dalam 30 minit.

Pada keesokan hari, pemain berusia 24 tahun itu akan berdepan ujian sebenar menentang pemain No. 17 dunia, Kim Ga Eun dari Korea Selatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jin Wei perlu memastikan kemenangan berpihak kepada dirinya kerana hanya satu tempat ditawarkan untuk mara ke peringkat kalah mati.

Bagaimanapun, misi untuk menyekat kemaraan Ga Eun bukanlah mudah kerana pemain Korea Selatan berusia 26 tahun itu sejak kebelakangan ini mempamerkan prestasi yang baik.

Berdasarkan rekod pertemuan, berpihak kepada Ga Eun 2-1, dengan kali terakhir Jin Wei menumpaskan pencabarnya itu kira-kira lima tahun lalu pada Terbuka Jerman.

Jin Wei ketika ditemu bual selepas perlawanan berkata, dia berasa sedikit tertekan ketika memulakan aksinya tadi.
“Tetapi mujur lama-kelamaan saya mula mendapat rentak dan berjaya mengawal permainan,” katanya.

Mengulas mengenai persediaannya berdepan Ga Eun, Jin Wei memberitahu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky akan membantunya membuat analisis perlawanan.

“Fokus saya hanya kepada persembahan dan mental ketika di dalam gelanggang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN