Tasik takungan kering jejas sumber air

Tasik takungan kering jejas sumber air

Tapak perkampungan lama yang pernah menempatkan Kampung Mong Gajah semakin timbul akibat cuaca panas dan kemarau ketika tinjauan dilakukan di Tasik Pedu, di sini semalam. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Bekalan air di negeri ini pada situasi membimbangkan ekoran paras air di tasik-tasik yang menjadi kawasan takungan semakin menyusut akibat faktor cuaca panas dan kemarau.

Setakat hari ini, paras takungan tiga empangan utama di negeri ini iaitu Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning berada pada tahap 45 peratus berbanding 47 peratus pada Khamis lalu.

Berdasarkan semakan Utusan Malaysia dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang mengendalikan ketiga-tiga empangan itu, trend penurunan tersebut menyaksikan takungan semasa berjumlah 551,369 ekar kaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Daripada jumlah itu, Empangan Pedu merekodkan takungan sebanyak 357,655 ekar kaki bersamaan 40.87 peratus, manakala Empangan Muda sebanyak 10,450 ekar kaki (8.36 peratus) dan Empangan Ahning sebanyak 183,264 ekar kaki (82.44 peratus).

Bagaimanapun, MADA menegaskan, takungan di ketiga-tiga empangan itu masih dikategorikan sebagai normal dan tinggi jika dibandingkan dengan rekod terendah pernah dicatatkan.

“Sebagai rekod, paras dan takungan terendah pada tahun 1974 hingga 2023 bagi Empangan Pedu adalah 98,100 ekar kaki dan Empangan Muda 3,380 ekar kaki serta Empangan Ahning 60,200 ekar kaki.

“MADA berkerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) untuk melaksanakan pembenihan awan di dalam kawasan tadahan empangan.

“Operasi pembenihan awan (OPA) bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah bagi membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan sasaran,” kata jurucakap MADA kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, MADA memaklumkan, takungan Empangan Pedu akan berada pada 53.93 peratus atau 471,90 ekar kaki pada penghujung September ini berdasarkan unjuran yang dibuat.

Tinjauan di Tasik Pedu mendapati, kawasan daratan terutama di tapak perkampungan lama yang pernah menempatkan Kampung Mong Gajah semakin luas ekoran keadaannya yang mengering.

Kawasan itu dan sekitarnya sudah beberapa bulan tidak mengalami hujan berpanjangan sehingga mengakibatkan paras air Empangan Pedu merosot teruk.

Tasik Gubir yang menjadi sumber air bagi Empangan Muda di Sik turut mengalami penyusutan ketara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN