Hujan lebat di sembilan negeri hingga 7 malam - Utusan Malaysia

Hujan lebat di sembilan negeri hingga 7 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia melibatkan kebanyakan tempat di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah (Langkawi); Perak (Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Terengganu (Hulu Terengganu) dan Pahang (Bera, Pekan dan Rompin).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak); Negeri Sembilan (Jelebu); Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) dan Sarawak: Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Miri (Subis) dan Limbang.

“Seterusnya di Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan

Kudat (Kota Marudu),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN