Bantu along pasang iklan, dua lelaki didenda RM3,000 - Utusan Malaysia

Bantu along pasang iklan, dua lelaki didenda RM3,000

DUA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas pertuduhan membantu aktiviti pemberi pinjaman wang tidak berlesen minggu lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Dua orang lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas pertuduhan membantu aktiviti pemberi pinjaman wang tidak berlesen minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh, R. Logeswaran, 25, dan V. Rajasingam, 22, yang berasal dari Sepang, Selangor, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani.

Majistret turut menetapkan tiga bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya telah membantu pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan menjalankan kegiatan memasang bunting berkaitan pinjaman tersebut.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2.40 petang di Jalan Pasar Pekan Lukut pada 18 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 29AA(1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap oleh sepasukan polis dari Balai Polis Lukut semasa tugas ronda cegah jenayah khas ketika sedang menjalankan pemasangan bunting pinjaman wang tanpa lesen pada papan tanda jalan sehala di pasar tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Adam Hasan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN