Terus bekerja pada usia emas, demi isteri terlantar - Utusan Malaysia

Terus bekerja pada usia emas, demi isteri terlantar

MOHD. Nor Mohd. Laham menyuap makanan kepada isterinya, Norhalime Sanin yang terlantar ketika ditemui di rumahnya di Flat Taman Semarak, Nilai, Seremban.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Biarpun sudah berusia lanjut, seorang warga emas masih tetap kuat bekerja demi keperluan isterinya yang terlantar sakit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Nor Mohd. Laham, 77, berkata, dia tidak pernah menganggap ia sebagai beban namun merupakan satu pengorbanan untuknya isteri, Norhalime Sanin, 69.

Katanya yang bekerja sebagai tukang bersih, isterinya itu mula terlantar sakit sejak dua tahun lepas akibat angin ahmar (lumpuh separuh badan) selepas terjatuh.

“Selain itu, isteri turut menghidap penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang. Rutin saya setiap hari, akan menguruskan isteri daripada segi makan dan minum di samping menukar kain lampin pakai buang dan juga mandi sebelum keluar bekerja

“Saya tidak pernah rasa terbeban menjaga dan menguruskan isteri biarpun terpaksa berulang alik dari tempat kerja ke rumah untuk memastikan keperluan isteri terurus,” katanya yang perlu mengangkat isterinya ke tingkat bawah flat bagi mendapatkan rawatan di klinik kesihatan,” katanya ketika ditemui di Flat Taman Semarak, Nilai di sini.

Bagaimanapun Mohd. Nor mengakui kos peralatan serta penjagaan isterinya itu melibatkan belanja yang tinggi Ketika pendapatan yang diperoleh hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja

“Kalau mahu dikira kos penjagaan serta keperluan isteri seperti kain lampin pakai buang dan keperluan lain kira-kira RM600 sebulan dan pendapatan saya terima dalam sebulan hanya RM1,000.

“Memang tidak cukup tetapi memadai buat kami berdua iaitu daripaa segi makan serta minum. Saya berterima kasih kerana ada pihak-pihak lain sudi menghulurkan bantuan.

“Setakat ini, bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi lain belum lagi dibuat. Ketika ini isteri amat memerlukan khidmat fisoterapi dan urutan bagi memulihkan pergerakannya,”katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank bernombor 155078340147 atas nama Mohd. Nor Mohd. Laham atau boleh menghubunginya di nombor 017-3777514.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN