Masuk sebagai pelancong, tawar khidmat seks Masuk sebagai pelancong, tawar khidmat seks

Masuk sebagai pelancong, tawar khidmat seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lima termasuk empat wanita warga Thailand ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur semalam selepas terlibat dalam kegiatan maksiat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua mereka ditahan hasil serbuan di sebuah premis refleksologi di Kepong, kira-kira pukul 10.15 malam.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan dibuat susulan aduan awam berhubung kegiatan maksiat yang berselindung di sebalik premis refleksologi.

Susulan itu, kata beliau, empat wanita warga Thailand ditahan termasuk seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis.

“Modus operandi wanita berusia lingkungan 30 hingga 53 tahun itu adalah menggunakan pas pelancong dan akan pulang ke negara asal sebelum tamat tempoh 30 hari dibenarkan untuk tinggal di Malaysia.

“Empat wanita  yang ditahan didapati sering keluar masuk Malaysia melalui pintu masuk di utara berdasarkan cap-cap JIM pada pasport,” katanya di sini. 

Mengulas lanjut, kata beliau, selepas pulang ke negara asal, warga asing terbabit akan masuk semula ke Malaysia menggunakan pas pelancong di mana helah ini sudah dikesan JIM yang dikenali sebagai taktik ‘pusingan U.’

“Semakan mendapati premis yang diserbu berada di tingkat dua dan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk.

“JIM Kuala Lumpur memberikan peringatan tegas kepada pelancong yang masuk supaya tidak menyalahgunakan pas dan tidak melakukan aktiviti melanggar undang-undang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN