Gajah liar ganggu penduduk Kampung Lalat ditangkap

Gajah liar ganggu penduduk Kampung Lalat ditangkap

TANGKAPAN gajah liar yang menceroboh masuk ke kawasan kebun memberikan kelegaan kepada penduduk di Kampung Lalat, Batu Melintang, Jeli, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Penduduk di Kampung lalat, Batu Melintang di sini menarik nafas lega apabila seekor gajah liar yang menganggu kehidupan mereka sebelum ini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan pada Sabtu lalu.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata, tangkapan haiwan liar itu dilakukan selepas Perhilitan Kelantan selepas menerima maklumat berkait gangguan tersebut pada Jumaat.

“Alhamdulillah, pada Selasa operasi pemindahan dan pelepasan semula gajah berkenaan selamat dilakukan ke kawasan habitat yang lebih sesuai serta selamat.

“Pemindahan itu dilakukan hasil bantuan anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
(PKGK), Kuala Gandah, Lanchang, Pahang yang turut dibantu oleh Perhilitan Kelantan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Hafid memberitahu, pihaknya berharap tangkapan itu dapat membantu mengurangkan kebimbangan penduduk di kawasan berkenaan.

Katanya, pada masa ia diharap dapat mengelakkan kerugian berterusan akibat kemusnahan tanaman dan harta benda.

“Tangkapan dan pemindahan gajah ini bukanlah penyelesaian jangka panjang kerana kampung tersebut berkedudukan berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung
Basor.

“HSK ini adalah habitat semulajadi kumpulan gajah liar yang dianggarkan berjumlah lebih dari 50 ekor,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×