Dua kapal terlibat pelanggaran ditunda untuk siasatan - Utusan Malaysia

Dua kapal terlibat pelanggaran ditunda untuk siasatan

KAPAL tangki MT CERES I ditunda sambil dipantau oleh kapal peronda luar pesisir KM Pekan milik Maritim Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua buah kapal asing yang terlibat pelanggaran Jumaat lalu ditunda ke perairan Sedili kira-kira 20 batu nautika timur Tanjung Sedili hari ini untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian. 

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kapten Maritim Kama Azri Kamil berkata, siasatan ke atas kapal MT Hafnia Nile dan kapal tangki MT Ceres I akan dijalankan pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS).

Katanya pelanggaran yang menyebabkan tumpahan minyak itu juga akan dikoordinasikan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi pengurusan kawalan tumpahan minyak.

“Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kes pelanggaran kapal tangki MT Ceres I dengan kapal MT Hafnia Nile ditamatkan pada pukul 1 petang tadi selepas semua krew kapal terbabit disahkan selamat dan kebakaran kapal sudah dapat dikawal sepenuhnya.

“Semua 22 kru kapal tangki MT Hafnia Nile serta 14 orang kru kapal tangki MT Ceres I berada dalam keadaan selamat dan stabil di Singapura. 

“Baki 26 kru kapal tangki MT Ceres I disahkan selamat berada di atas kapal MT Ceres I berdasarkan laporan daripada nakhoda kapal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini Maritim Malaysia Johor menggerakkan operasi SAR susulan insiden perlanggaran MT Ceres 1 yang berdaftar di Republik Sao Tome dengan kapal MT Hafnia Nile yang berdaftar di Singapura pada awal pagi Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×