Pinjaman sebahagian bayar hutang 1MDB RM48  bilion - PM

Pinjaman sebahagian bayar hutang 1MDB RM48  bilion – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebahagian pinjaman dilakukan kerajaan  setiap tahun untuk membayar hutang termasuk hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai RM48 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sedangkan jumlah itu boleh digunakan untuk keutamaan rakyat termasuk pembinaan sekolah dan penyelarasan gaji penjawat awam.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa pentingnya pengurusan ekonomi negara dilakukan dengan lebih baik  agar  tiada ketirisan dan rasuah.

“Kerajaan tiap-tiap tahun pinjam untuk bayar hutang dan pembangunan. Paling membebankan pinjam untuk bayar hutang.

“Sebab itu pengurusan ekonomi negara itu penting, jadi tidak boleh ada ketirisan dan rasuah.

“Berapa jumlah hutang kita bayar? Untuk 1MDB sehingga tahun lalu, RM48 bilion.

“Bayangkan kita boleh belanja RM48 bilion itu bayar bina sekolah, klinik, universiti termasuk penyelarasan gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Oleh itu, Anwar berkata, kerajaan  akan menyasarkan pengurangan kadar defisit fiskal negara kepada 4.3 peratus tahun ini.

Katanya, kadar hutang telah melebihi tahap ditetapkan sekali gus menuntut kerajaan mengurangkan fiskal, namun tanpa membebankan rakyat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×