ISU yang membabitkan doktor di negara kita nampaknya seperti tidak akan ada kesudahan. Setiap hari ada saja isu yang dilaporkan seolah-olah kerjaya ini penuh dengan masalah dan bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Kalau kita buat carian mengenai doktor di internet, pelbagai berita negatif muncul. Daripada gangguan seksual ke atas doktor pelatih, bekerja lebih had masa, keletihan, gaji kecil, masalah berkaitan doktor kontrak dan pelbagai lagi yang kurang enak untuk dibaca dan didengar.
Sedangkan doktor sepatutnya menjadi profesyen mulia yang diimpikan dan disanjungi oleh semua orang. Namun, isu yang membabitkan doktor-doktor di Malaysia memberikan tanggapan sebaliknya hingga menyebabkan sebahagian mereka melepaskan jawatan dan memilih untuk berhijrah ke luar negara.
Kesannya, Malaysia berhadapan pula dengan isu kekurangan doktor di mana Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) baru-baru ini mendedahkan hampir semua klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara beroperasi dalam keadaan kurang kakitangan.
Ini menyebabkan berlaku lambakan tugas dan memanjangkan lagi tempoh menunggu.
Presidennya, Dr. Azizan Abdul Aziz berkata, tinjauan pihaknya mendapati hanya lima peratus kemudahan penjagaan kesihatan awam mempunyai tenaga yang mencukupi.
Persoalan yang timbul ialah apa sebenarnya yang berlaku dengan sektor perubatan kita? Itu belum diambil kira diskriminasi perubatan yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar kerana akses mereka kepada doktor sengat terhad.
Sebab itu ramai yang hairan kenapa kerajaan susah sangat untuk menyerapkan doktor-doktor kontrak yang ada ke jawatan tetap dan memastikan setiap lulusan perubatan diberikan tempat di semua hospital kerajaan terutama hospital di luar bandar yang kekurangan atau langsung tidak ada doktor.
Ketika isu doktor kontrak menjadi perbualan utama termasuk dibahas di Dewan Rakyat, tiba-tiba baru-baru ini 3,000 kekosongan perjawatan pegawai perubatan disarankan diisi menerusi pengambilan khas yang dijangka dilaksana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bulan ini.
Ia dibuat dengan alasan mengatasi isu kekurangan doktor susulan seramai 422 pegawai perubatan lantikan kontrak akan melengkapkan tempoh maksimum kontrak tujuh tahun pada bulan ini hingga November tahun ini.
Yang hairannya, kalau 422 doktor kontrak itu sudah tujuh tahun berkhidmat kenapa mereka tidak diserapkan sahaja secara automatik? Kenapa perlu dikosongkan?
Sepatutnya kerajaan serapkan dahulu semua doktor kontrak ini sama ada yang setahun atau tujuh tahun sebab ada kekosongan. Kalau ada kosong kenapa tidak terus ini dengan doktor-doktor kontrak yang sememangnya sudah pun berkhidmat ini?
Kenapa perlu diiklankan ada kekosongan dan buat pengambilan?
Nampaknya di negara kita birokrasi mengatasi pertimbangan rasional dan kepentingan rakyat. Sebab itu sampai sekarang cadangan penubuhan suruhanjaya kesihatan tidak menjadi realiti kerana ada pihak takut kehilangan pengaruh.
Kalau beginilah caranya, masalah birokrasi ini akan terus merencatkan kerjaya kedoktoran di negara ini. Graduan-graduan baharu yang berkobar-kobar mahu berkhidmat boleh hilang semangat disebabkan isu-isu remeh yang kadang-kadang tidak masuk akal seperti ini.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia – UTUSAN
Birokrasi bunuh kerjaya kedoktoran di Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved