KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian terpaksa mengecilkan operasi bilik bersalin buat sementara susulan kebocoran saluran air malam semalam.
Pengarahnya Datuk Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berkata, langkah segera telah diambil bagi memastikan operasi di bilik bersalin tidak terjejas.
Menurutnya, operasi penuh akan diteruskan seperti biasa selepas pembaikan dan penyelenggaraan selesai.
“Kita akan pastikan fasiliti itu selamat kepada pesakit serta warga kerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr. Nik Hisamuddin memberitahu, sehubungan dengan itu bagi pesakit-pesakit yang akan bersalin dalam waktu
terdekat dinasihatkan untuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atau mana-mana fasiliti bersalin yang berhampiran.
Katanya, pada masa Hospital USM yang sama akan mengatur supaya kes-kes kecemasan untuk bersalin termasuk menerusi pembedahan caesarean dapat terus dilaksanakan termasuk menempatkan pegawai perubatan serta petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan.
Terdahulu tular video berdurasi tujuh saat yang memaparkan keadaan di bilik bersalin Hospital USM Kubang Kerian yang digenani air.-UTUSAN











