Kerajaan perlu semak jadual kadar kerja - PKMM - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu semak jadual kadar kerja – PKMM

AMINUDDIN Harun (dua dari kiri) ketika melancarkan Majlis Kontraktor Generasi Baru (MKGB) pada Majlis Perasmian dan Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 46/2024 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Sembilan di Seremban.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan perlu melakukan semakan terhadap jadual kadar kerja yang ditawarkan bagi membantu kontraktor terutama dalam kalangan kontraktor G1 dan G2 yang terkesan dengan kenaikan kos bahan binaan.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, semakan tersebut sepatutnya tidak disemak mengikut tempoh tertentu sebaliknya berdasarkan kos semasa bahan binaan di pasaran.

“Saya cadangkan kerajaan perlu buat semakan berasaskan kepada suasana pasaran yang sebenar, contohnya jika berlaku pelarasan harga diesel dan diketahui kenaikan bahan binaan pada masa tersebut kerajaan perlu menyemak jadual kadar kerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila berlaku isu-isu misalnya kenaikan harga besi sampai 30 peratus tetapi jadual kadar kerja masih lagi pakai yang setahun yang lepas. Oleh itu jadual kadar kerja ini dicadangkan tidak disemak mengikut tempoh masa jangan setahun sekali atau dua tahun sekali tetapi disemak berdasarkan kepada keperluan kos semasa,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian dan Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 46/2024 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Sembilan di sini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

MOHD. Rosdi Ab. Aziz sewaktu berucap pada Majlis Perasmian dan Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 46/2024 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Sembilan di Seremban.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Mohd. Rosdi berkata, isu kenaikan kos bahan binaan memang menjadi cabaran utama kontraktor justeru pihaknya memang menyambut baik keputusan kerajaan yang bersetuju secara dasarnya untuk melaksanakan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan susulan penyasaran subsidi diesel.

“Tetapi VOP hanya kepada kontraktor G3 hingga G7 sebab untuk projek bernilai RM500,000 ke atas, bagi projek bawah RM500,000 iaitu untuk kontraktor G1 dan G2, tiada VOP ini, sebab itu saya cadangkan untuk kerajaan semak kembali jadual kadar kerja ini.

“Kontraktor G1 dan G2 ini merangkumi 80 peratus daripada 133,000 lesen kontraktor yang ada, ia bererti memang kena beri tumpuan. Ramai melihat kenaikan kos binaan ini akan menjejaskan kontraktor sahaja, ia tidak setakat itu.

“Ia akan beri kesan kepada kerajaan kerana projek akan lambat siap kerana terpaksa menangguh kerja secara berkala dan kemungkinan projek itu akan ditamatkan apabila terlalu lama tidak dapat ditamatkan kerana kontraktor tidak lagi mampu menampung kenaikan kos bahan binaan, kesannya kerajaan tidak dapat menyediakan kemudahan kepada rakyat,” jelasnya.

Jadual kadar kerja merupakan senarai panduan pengiraan kos bagi kadar harga bahan berasaskan kuantiti atau pelan dan spesifikasi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN