DIAM tak diam, sudah 19 hari berlalu dalam bulan Julai tahun ini.
Pelbagai perkara berlaku dari awal bulan sehingga setakat ini dengan tragedi dua beradik maut akibat termakan keropok yang dicampur dengan racun tikus paling meruntun emosi.
Kisahnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, ditemukan dalam keadaan mulut berbuih dan tidak sedarkan diri di rumah mereka selepas dipercayai makan keropok yang dicampur racun.
Keropok itu dikatakan dijadikan umpan untuk memerangkap monyet liar yang sering merosakkan tanaman milik penduduk kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim.
Dua beradik itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal sehingga perlu memakai alat bantuan pernafasan.
Selepas beberapa hari bertarung nyawa, Akil Syauqi terlebih dahulu menghadap Ilahi dan dua hari kemudian, Luth Syauqi pula mengikut jejak abangnya.
Tiada perkataan yang mampu untuk menggambarkan bagaimana perasaan ibu mereka, Nurain Hasnorizal, 25, selepas kehilangan dua orang anak sekali gus.
Ketika insiden yang menimpa dua beradik itu belum pun reda, negara dikejutkan pula dengan kes kehilangan seorang wanita muda dikenali sebagai Nur Farah Kartini Abdullah, 25.
Wanita itu mulanya dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa di Taman Universiti di Tanjung Malim, Perak sejak 10 Julai lalu sebelum ditemukan maut dipercayai dibunuh pada 15 Julai lepas.
Mayat wanita berkenaan ditemukan di kawasan Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Sebelum berita kematiannya disahkan, ramai rakyat Malaysia mendoakan agar Nur Farah Kartini ditemukan dalam keadaan selamat.
Namun, siapa kita untuk menolak takdir tuhan yang Maha Mengetahui akan semua hal.
Motif pembunuhan wanita itu giat disiasat polis dengan suspek yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal sudah ditahan bagi membantu siasatan.
Tidak sampai 24 jam berita kematian Nur Farah Kartini disiarkan, emosi rakyat Malaysia merintih sekali lagi dengan insiden seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri di Putrajaya.
Kejadian pukul 7.50 pagi itu menyaksikan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.
Pada masa yang sama, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun nyaris maut selepas dia pun termakan biskut yang dicampur dengan racun pada Jumaat lalu.
Mohd. Daynail Haikal Alias menerima rawatan di Hospital Kemaman dan kita harapkan dia akan pulih segera.
Masih berbaki kira-kira 12 hari lagi sebelum bulan ini menutup tirainya. Diharapkan supaya tiada lagi berita menyedihkan menjelang hari-hari terakhir Julai 2024.
Adlinahani Khalil ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Julai 2024 paling menyedihkan

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved