Saya juga ada hati dan perasaan – Ning Baizura

Saya juga ada hati dan perasaan – Ning Baizura

NING BAIZURA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Ning Baizura, mengakui terkesan dengan tohmahan dan kecaman netizen yang diterimanya di media sosial terutama sehingga ada yang melabelnya sebagai ahli neraka dan kafir.

Penyanyi berusia 49 tahun itu bagaimanapun enggan membiarkan keadaan itu menjejaskan kerjaya dan kehidupan sehariannya terutama kesihatan mental yang ketika ini berada di kondisi terbaik.

“Bohong kalau saya cakap saya tidak terasa. Saya juga ada hati dan perasaan. Tetapi bila difikirkan semula, kenapa saya perlu menjadi seperti kura-kura (bersembunyi) apabila saya boleh menjadi cengkerang yang melindunginya.

“Kita hidup di tahun 2024, bakal memasuki 2025. Tiada siapa yang boleh merampas kekuatan atau menolak awak ke tepi.

“Orang yang suka memeras orang ini sebenarnya merekalah yang suka diperas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Penyanyi Selagi Ada Cinta itu sebelum ini menjadi mang­sa kecaman dan buli siber selepas beberapa insiden termasuk didakwa tidak prihatin mengenai isu Palestin ketika bersiaran langsung di media sosial.

Menjadi salah seorang mang­sa buli siber, ibu seorang cahaya mata itu dalam masa yang sama mengakui penat melayan komen negatif dan memilih untuk lebih berdiam diri.

“Saya sudah penat sekat dan laporkan kecaman yang menggunakan akaun palsu terutamanya. Tindakan itu membazir masa dan tenaga saya.

“Tenaga saya sepatutnya digunakan untuk muzik dan kerjaya saya.

“Saya berterima kasih kepada peminat saya yang selama ini mempertahankan saya. Jadi saya dedikasikan muzik dan penghargaan ini kepada peminat,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×