Persepsi, kejahilan terhadap Islam perlu diperbetulkan segera - Utusan Malaysia

Persepsi, kejahilan terhadap Islam perlu diperbetulkan segera

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persepsi negatif dan kejahilan terhadap Islam perlu diperbetulkan dengan segera dan lebih berkesan untuk menangani gejala Islamofobia yang berpunca daripada sikap Xenofobia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru itu kerajaan akan terus memantapkan dan mendukung usaha memupuk empati dan persefahaman serta perbezaan antara agama dan budaya.

Katanya, beliau bersama sarjana dan pemikir tempatan serta luar negara senada melihat keperluan untuk segera menangani gejala Islamofobia secara tuntas dan berkesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pandangan kami senada melihat keperluan untuk segera menangani gejala Islamofobia secara tuntas dan berkesan dengan merangkul usaha pelbagai pihak bagi meluruskan persepsi yang berakar daripada Xenofobia dan kejahilan, di samping memperbetul kaedah pengajaran Islam.

“Usaha memupuk empati dan persefahaman antara agama dan budaya berbeza harus terus dimantapkan dan akan didukung kerajaan,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa bertemu dan berwacana bersama sarjana dan pemikir tempatan serta luar negara seperti Azerbaijan, Bosnia, England dan Turkiye di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Perbincangan itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dalam mengupas pelbagai perkara terkait permasalahan umat yang kian meruncing.

Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada pemikir Centre for Postnormal Policy and Futures Studies (CPPFS), International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan ISTAC-IIUM do atas kerja keras memastikan usaha bersama itu tidak sekadar berlegar dalam forum atau persidangan, tetapi mengambil langkah konkrit berdepan dengan sistem menerusi pendidikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini