Laporan akhir nahas pesawat di Elmina keluar 16 Ogos - Utusan Malaysia

Laporan akhir nahas pesawat di Elmina keluar 16 Ogos

LAPORAN siasatan awal nahas pesawat yang terhempas di Elmina akan didedahkan hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan akhir nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 di Elmina, Selangor akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 16 Ogos ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, draf laporan telah siap dan dikeluarkan pada 14 Jun lalu telah dihantar untuk semakan pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Laporan Akhir akan dikeluarkan selewat lewatnya pada 16 Ogos selepas 60 hari draf laporan akhir diterima iaitu selepas semakan atau komen oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS), CAAM, Adrep ICAO, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) pemunya pesawat dan Jet Valet Sdn Bhd sebagai operator pengendali pesawat,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib (PN-Maran) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah perkembangan terkini hasil siasatan berhubung dengan kes pesawat yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam pada tahun lalu yang telah mengorbankan 10 nyawa.

Pada 17 Ogos 2023, negara dikejutkan dengan insiden pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Selangor dan mengorbankan 10 individu termasuk pemandu kereta dan penunggang motosikal

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara individu disahkan maut di samping dua juruterbang dan enam penumpang dalam kejadian itu yang berlaku pada pukul 2.48 petang.

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×