Hukuman gantung kekal, rayuan bekas broker tanah bunuh anak tiri ditolak

Hukuman gantung kekal, rayuan bekas broker tanah bunuh anak tiri ditolak

MAHKAMAH Persekutuan yang bersidang di Mahkamah Tinggi Johor Bahru menolak rayuan Azman Abd. Rahman yang didapati bersalah membunuh anak tirinya sembilan tahun lalu di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas broker tanah kontrak yang didapati bersalah membunuh anak tirinya berusia enam tahun pada 2011.

Keputusan itu dibuat panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah selepas menolak permohonan Azman Abd. Rahman, 50, untuk mengetepikan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Susulan itu, tertuduh kekal menjalani hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas gagal dalam semakan hukuman itu.

Berdasarkan pertuduhan, Azman didakwa membunuh Muhammad Firdaus Mohd. Dan di sebuah kebun kelapa sawit di Gadek, Alor Gajah, Melaka antara pukul 10.30 pagi hingga 2.15 petang, 10 Oktober 2011 dan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pada 5 Jun 2015, Mahkamah Tinggi Melaka menjatuhkan hukuman mati ke atas tertuduh selepas didapati bersalah membunuh anak tirinya itu.

Pada 7 September 2016 dan 5 Oktober 2017, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengekalkan hukuman terhadap lelaki tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd. Dasuki Mokhtar, manakala tertuduh diwakili peguam bela, S. Vijay Rathnam.

Hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa menemukan le­bih 72 kesan kecederaan dan pendarahan otot, paru-paru, kepala dan perut berpunca daripada hentakan dengan objek tumpul.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian tertuduh didakwa membawa anak tirinya itu keluar ke kebun kelapa sawit di Kampung Pinang, Gadek, kemudian mangsa terbuang air besar di dalam seluar ketika dalam perjalanan ke ladang itu yang me­nimbulkan kemarahannya.

Sebaik sahaj tiba di tempat kejadian, tertuduh bertindak memukul mangsa dengan ranting kayu serta menendangnya sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah.

Sepanjang perbicaraan kes berkenaan, seramai 13 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×