Jangan terperangkap helah musuh – Zambry

Jangan terperangkap helah musuh – Zambry

ZAMBRY Abd. Kadir melancarkan gimik Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar di Dewan Warisan, Kangar, Perlis, semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Setiap ahli dan pe­mimpin UMNO diingatkan agar tidak terperangkap dengan he­lah musuh yang cuba membawa naratif tertentu bagi memecah belahkan parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, ketika ini terdapat usaha-usaha dilakukan pihak pembangkang di peringkat akar umbi yang membawa gambaran bahawa UMNO terpe­cah kepada dua kumpulan.

Katanya, setiap ahli dan pimpinan UMNO tidak akan se­sekali tumpas dengan mainan propaganda tersebut yang pada akhirnya akan merugikan parti berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan permainan pembangkang dan saya ingatkan ahli agar jangan terperangkap dengan usaha-usaha sebegini kononnya terdapat kumpulan ‘UMDAP’ dan UMNO tulen.

“Penting untuk diingatkan supaya kita tidak tumpas de­ngan permainan ini dan terikut dengan rentak mereka,” katanya kepada pemberita selepas me­rasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar 2024 di Dewan Warisan, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Perhu­bungan UMNO negeri, Datuk Ro­zabil Abd. Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya me­rangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Mengulas lanjut, Zambry ber­kata, setiap ahli parti itu sememangnya tiada halangan untuk memberi pandangan berbeza memandangkan UMNO ditubuhkan atas semangat prinsip demokrasi.

“Tetapi untuk melabel seseorang itu sebagai kelompok kumpulan tertentu, ia adalah satu tindakan tidak baik malah hanya akan rugikan parti ini sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×