Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang didedahkan baru-baru ini sekali lagi menimbulkan “kegusaran melampau” mengenai bagaimana wang awam dibelanjakan beberapa agensi.
Laporan Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi itu turut mengaitkan Majlis Profesor Negara (MPN), Mara Incorporated Sdn. Bhd., MRT Corp dan beberapa projek lain dalam proses audit berjumlah RM41.97 bilion.
Beberapa pihak tampil untuk mempersoalkan dapatan LKAN itu termasuk Universiti Islam Antarabangsa, MPN dan MRT Corp. Begitu juga HRD Corp yang telah dilawati pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tugas juruaudit (sememangnya dibenci terutama dalam sektor korporat) kerana mereka hanya tahu mencari kesalahan tetapi tidak pernah terbabit dalam pelaksanaan dan perancangan. Satu perkara yang tidak mereka ketahui, terdapat terlalu banyak pemboleh ubah dalam sesuatu projek. Jika semuanya berjalan lancar, dunia ibarat syurga.
Bagaimanapun terdapat kegagalan jelas dalam setiap laporan ketua audit.
Adakah dapatan daripada laporan audit yang berjela-jela itu menggemparkan? Kepada penulis, tidak lagi. Cuma ia menjadi bahan menarik untuk muka depan tanpa perlu berfikir panjang. Ia adalah masalah yang membabitkan kepentingan awam.
Ini Malaysia yang mana wang 1MDB digunakan untuk membeli kapal layar, kapal terbang dan lukisan serta untuk dijoli dengan artis antarabangsa. Jadi amat sedikit benda di dunia yang akan menjadikan Malaysia lebih terkenal daripada itu.
Setiap tahun apabila laporan audit dikeluarkan, perkara sama ditonjolkan. Lebih dua dekad lalu, dalam satu laporan audit, satu pusat latihan teknikal membeli kren untuk mengajar anak muda kemahiran mengendali kren.
Masalahnya kren siap dibeli dan dipasang tetapi juruaudit mendapati tiada pengajar disediakan. Pembelian kren itu satu pembaziran. Pembaziran atau satu kebodohan? Di Malaysia kebodohan bukan satu kesalahan. Jika ia satu kesalahan, kita memerlukan 10 lagi penjara tambahan.
Banyak lagi contoh perkara yang sering berlaku dalam beberapa syarikat Kerajaan Pusat yang masih gagal menepati kehendak dan objektif penubuhannya.
Jika dihitung kehilangan atau kerugian kepada negara akibat kegagalan melaksanakan projek, terbengkalai, pembelian tidak menepati kehendak, projek lewat, dan kerugian agensi berkaitan, mungkin cukup untuk Malaysia membina 100 hospital, 1,000 sekolah atau menggantikan semua paip bocor di seluruh negara.
Tidakkah kita sudah bosan mendengar semua masalah ini. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Ramai benar yang dilantik dan diberikan amanah tetapi sebenarnya tidak layak. Jika itu masalahnya, sampai bila. Satu faktor yang akan mengekalkan Malaysia di takuk lama adalah kegagalan mereka yang tidak dapat melonjakkan negara ke hadapan.
Sudah tiba masanya, kerajaan mengambil tindakan kepada setiap dapatan terutama mereka yang bertanggungjawab terhadap semua kerugian. Setiap kesalahan mesti ada hukuman. Tidak perlu dipenjara atau disebat.
Cukup mereka yang gagal diambil tindakan disiplin, diganti, dilucutkan jawatan, atau ditarik balik semua kemudahan seperti pencen jika memang terbukti menyeleweng dalam melaksanakan tugas. Itu satu-satunya cara membanteras ketirisan yang menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit. Jika kita meminta hujan, kita juga harus bersedia bermain lumpur.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd – UTUSAN
Mesti ada hukuman terhadap pesalah penemuan audit

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved