Bomba Terengganu rekod 1,969 kes kebakaran - Utusan Malaysia

Bomba Terengganu rekod 1,969 kes kebakaran

MOHD. Khairiri Mat Resad (kiri) meninjau kelengkapan sebuah jentera kompak (CFRT) di Ibu Pejabat JBPM negeri di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu merekodkan sebanyak 1,969 kes kebakaran sejak Januari sehingga 1 Julai tahun ini.

Timbalan Pengarah JBPM negeri, Mohd. Khairiri Mat Resad berkata, kes tertinggi dicatatkan ialah kebakaran hutan iaitu 1,372 kes yang juga tertinggi di negara ini.

Menurutnya, berkata, laporan kes kebakaran itu turut melibatkan bangunan sebanyak 113, kebakaran kenderaan (72), kebakaran perkakas (43) dan kebakaran dapur gas (16).

Menurut beliau, daripada 1,969 kes itu, hanya 296 memerlukan siasatan melibatkan jumlah kerugian lebih RM10.7 juta manakala kerugian diselamatkan RM355 juta.

“Sehingga 1 Julai, kami melaksanakan 983 tugas menyelamat termasuk 83 kes kemalangan, tumpahan dan kebocoran bahan (76) serta bencana alam (55).

“Ketika ini JBPM negeri masih menerima panggilan berhubung kes kebakaran hutan dengan daerah tertinggi dikesan adalah Kuala Nerus, Setiu dan Dungun.

“Selain itu, 13 kes lemas dicatatkan dalam tempoh itu membabitkan 12 kematian,” ujarnya selepas Perhimpunan Bulanan JBPM Terengganu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairiri memberitahu, JBPM negeri akan menerima 10 buah jentera kompak (CFRT) secara berperingkat bermula tahun ini sehingga 2027.

Ujarnya, jentera berkenaan akan membantu menampung isu kekurangan aset di balai-balai bomba seluruh Terengganu untuk digunakan dalam operasi menyelamat.

“CFRT ini juga akan memudahkan operasi di kawasan bandar yang sesak dan JBPM telah akan menempatkan jentera berkenaan di balai yang sudah dikenal pasti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×