Bersatu tolak pegangan ekstrem dan politik haluan kiri - Utusan Malaysia

Bersatu tolak pegangan ekstrem dan politik haluan kiri

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak segala bentuk pegangan dan sikap ekstrem serta politik berhaluan kiri yang tidak serasi dengan sejarah pembentukan Malaysia.

Perkara itu merupakan antara digariskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memperincikan idealisme perjuangan parti dalam Konvensyen Bersatu yang berlangsung di sini hari ini.

Menurutnya, Bersatu sebagai sebuah parti nasionalis Melayu dan pribumi yang berpegang kepada lima prinsip utama iaitu inklusif, sederhana, demokratik, integriti dan prihatin.

“Pertama sebagai sebuah parti nasionalis yang inklusif, Bersatu mendukung konsep hidup harmoni dalam budaya damai demi memastikan semua rakyat menikmati kemakmuran bersama dan tidak ada yang tertinggal.

“Kedua, sebagai sebuah parti yang sederhana, Bersatu mendukung konsep wasatiyyah, iaitu keseimbangan dan kemampanan dalam semua aspek kehidupan dan pentadbiran serta menolak segala bentuk pegangan dan sikap yang ekstrem,” katanya.

Selain itu, katanya, Bersatu sebagai sebuah parti yang demokratik mendukung dan menghormati suara rakyat dan mendukung akhlak mulia yang menekankan prinsip kejujuran

“Kelima sebagai sebuah parti yang prihatin, Bersatu mendukung konsep ihsani yang menitikberatkan kemakmuran bersama dan keadilan ekonomi serta semangat kesukarelaan untuk saling bantu-membantu sesama warga negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×