Risau hidup tiada matlamat

Risau hidup tiada matlamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
SAYA rasa down dan tiada hala tuju, hidup keluh kesah dan tiada matlamat dalam hidup. Boleh bantu saya?

INSAN BERDUKA

JAWAPAN
Kehidupan kini penuh pancaroba. Ada suka dan ada duka, itulah lumrah kehidupan yang perlu dihadapi. Sebagai insan biasa, kita tidak terlepas daripada merasai ujian dan= rintangan hidup. Besar atau kecil ujian harus dihadapi dengan semangat perjuangan agar dapat bangkit menjadi insan matang dan lebih berani.

Itulah hakikat kehidupan, selagi masih bernafas, selagi itulah ujian sentiasa ada. Belajar menghadapi dengan tenang dan raikan segala rasa yang menyinggah dengan penuh kasih dan sayang agar kehidupan menjadi lebih indah dan tidak membebankan.

Berikut beberapa kaedah yang boleh dilakukan:

Kenalpasti dan akui – Apa sahaja perasaan dirasai, kenalpasti dan akui dengan hati terbuka.

Berbincang dengan seseorang – Berusaha berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, seperti keluarga dan rakan karib dapat membantu meringankan beban dihidapi.

Tetapkan matlamat kecil – Mulakan dengan menetapkan matlamat kecil yang boleh dicapai. Ia membantu anda menikmati pencapaian dan membina keyakinan diri. Matlamat tidak perlu besar dan hanya fokus kepada perkara-perkara kecil seperti bangun pagi, berjalan kaki atau menyiapkan tugasan harian.

Amalkan gaya hidup sihat- Aktifkan diri dengan melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan dapat meningkatkan mood. Pemakanan berkhasiat juga dapat membantu anda lebih sihat dan produktif. Elakkan daripada mengambil bahanbahan terlarang yang akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental anda.

Mencari hobi baru – Memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti disukai dapat membantu mengalihkan perhatian anda daripada terus berfikir negatif. Cari hobi dan luangkan masa untuk melakukannya.

Berfikir positif – Cuba melihat sisi positif dalam setiap situasi. Amalkan teknik ber kir positif membantu mengubah perspektif terhadap kehidupan.Latih diri untuk menulis jurnal setiap hari.

Dapatkan bantuan profesional – Jika anda merasa sukar untuk mengatasi perasaan ini sendirian, jangan teragakagak mendapatkan bantuan profesional. Kaunselor atau psikiatri boleh membantu anda dengan menjalani sesi kaunseling. Jika perlu, dapatkan rawatan perubatan.

Perubahan memerlukan masa. Berikan diri anda ruang dan masa untuk pulih. Jangan terlalu keras dengan diri sekiranya kemajuannya terasa lambat kerana setiap langkah yang kecil dan positif adalah satu permulaan untuk mencapai kejayaan. Fokus untuk pemulihan kesihatan mental agar hidup anda mencapai kebahagian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×