Wanita, remaja bawah umur didakwa jadi dalang eksploitasi seks

Wanita, remaja bawah umur didakwa jadi dalang eksploitasi seks

DUA tertuduh yang berdepan pendakwaan atas kesalahan eksploitasi seks melibatkan dua remaja bawah umur pada 2 Julai lalu dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis, semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang wanita bersama seorang remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dua pertuduhan menjadi dalang dalam kegiatan eksploitasi seks melibatkan dua remaja bawah umur pada 2 Julai lalu.

Kedua-dua tertuduh, Shakila Latif, 25, dan seorang remaja berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sesyen Musyiri Peet.

Mengikut pertuduhan pertama, Shakila dan remaja ber­kenaan didakwa dengan niat bersama memperdagangkan mangsa berusia 16 tahun bagi maksud eksploitasi seks.

Bagi pertuduhan kedua pula, dua tertuduh tersebut didakwa dengan niat bersama telah memperdagangkan mangsa ber­usia 14 tahun bagi maksud eks­ploitasi seks.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dua bilik hotel di Persiaran Jubli Emas, di sini, antara pukul 6.20 petang hingga 6.25 petang pada 2 Julai lalu.

Susulan itu, kedua tertuduh berkenaan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sewaktu prosiding, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas kedua-dua tertuduh.

Susulan itu, Shakila yang tidak diwakili peguam bagai­manapun memohon mah­kamah memberikan kadar jaminan yang rendah memandangkan dia mempunyai tanggungan dua orang anak.

Manakala waris tertuduh remaja bawah umur pula me­rayu mahkamah menetapkan kadar jaminan minimum memandang­kan perlu membantu ibu bapa­nya yang mempu­nyai pendapatan tidak menentu.

Mahkamah kemudiannya menetapkan kedua tertuduh ber­kenaan masing-masing dikenakan jaminan sebanyak RM25,000 bagi dua pertuduhan tersebut.

Selain itu, tertuduh juga perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan di samping tidak boleh mendekati dan menggangu mangsa.

Sebutan semula bagi kedua pertuduhan itu ditetapkan pada 22 Ogos ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×