Polis tahan 65 individu terlibat penipuan forex antarabangsa - Utusan Malaysia

Polis tahan 65 individu terlibat penipuan forex antarabangsa

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis menahan 65 individu selepas disyaki mengoperasikan sindiket ‘calling centre’ membabitkan penipuan pelaburan forex antarabangsa dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Hang Tuah, di sini pada 2 Julai lalu.

Kesemua mereka ditahan terdiri daripada 25 lelaki dan 26 wanita tempatan berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tangkapan lain turut membabitkan 14 warga asing terdiri tiga wanita Vietnam; Bangladesh (seorang) ; China (empat orang) ; Thailand (seorang).

Turut ditahan iaitu tiga lelaki China, masing-masing seorang lelaki Hong Kong dan India.

Kata beliau, semakan turut mendapati sindiket turut memperdaya mangsa dengan menawarkan akaun premium dan standard.

“Pelabur yang berminat boleh mengakses laman sesawang yang disediakan bagi tujuan mendaftar, membuka akaun, dan menguruskan transaksi pelaburan mereka.

“Sehubungan itu, rampasan turut dibuat membabitkan iMac (lima), komputer riba (25), monitor (empat), modem, router, lesen DBKL (dua), sijil Labuan FSA (satu),” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini.

Tambah Ramli, siasatan dengan agensi penguatkuasaan pelaburan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan syarikat yang mengendalikan platform pelaburan ini.

“Siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×